Tuesday, April 17, 2012

kerna sayang aku sedih...

salam kepada sesapa yang sudi membaca....
aku??
aku ni manusia negatif pada sudut perspektif manusia girang yang terbang dengan kelalaian demi dunia yang bertamadun...
tak faham??
x pe,korang x kan faham aku macam mana..
hanya tiga orang yang faham siapa aku..
orang pertama yang memahami aku adalah arwah abang angkat aku...
kalau aku ada masalah,dia yang selalu nasihatkan aku..
kalau ada orang nak kacau aku,dia tolong...
dia dah macam abang kandung aku,x macam abang kandung aku yang langsung x memahami aku..


ni gambar arwah abang angkat aku...aku sayang sangat kat dia...


orang kedua yang memahami aku adalah bapak aku sendiri...
dulu aku selalu ada krisis ngan keluarga,
tapi semua 2 yang mematangkan aku untuk hidup..
bapa aku selalu mengambil berat pasal aku masa aku dah dewasa..
mula2 memang aku kekok sikit,tapi bila dah biasa,aku baru kenal erti kasih sayang..

ni gambar ayah n mak aku..aku sedih kalau tengok gambar dorang lama2..


dan orang terakhir yang memahami aku adalah orang yang mampu memberi kasih sayang pada aku satu hari nanti..



nama dia siti zulaikha binti abdul rahman..
dia atas aku setahun...
korang sendiri tahu macam mana rasa kalau orang yang korang sayang sakit...
dan kemungkinan sakit 2 membawa maut..
korang mesti risau..
kalau korang nak tahu, aku menangis demi dia setiap hari,walaupun aku susah untuk menangis..
aku tak pernah marah dia walaupun dia salah,walhal aku memang panas baran..
n aku tak pernah bosan dengan dia, walaupun selama ni aku selalu bosan dengan perempuan...
sebenarnya dia sakit anemia...
nampak tak serius, tapi aku risau..
walaupun doktor cakap dia "akan" ok,
aku tetap berdoa..
sebab aku tetap sayangkan dia walaupun aku mati..
bagi korang kata2 ni bosan..tapi...........................

1)aku ni selalu amik kesempatan pada perempuan ke?
2)cinta perlukan duit ke?
3)apa bukti orang tu sayang pada kita?
4)apa makna cinta?
5)aku ni betul2 jahil ke?

dan...................

6)kenapa ada orang sanggup berkorban demi aku?




kerna sayang, aku menangis.....

Wednesday, August 3, 2011

Luahan Cinta Dari Sang Perindu

assalamualaikum dan salam ramadhan kepada semua pembaca blog yg setia. aku ucapkan ribuan terima kasih  kepada semua kerana sudi membaca blog aku yg x seberape nie. hari nie aku nak luahkan perasaan aku yg tengah celaru nie. :) khas untuk sayang aku yg aku amat rindui.. :) 



kala malam ku sunyi,
kau hadir menemani..
kala aku sendiri,
rona rindu mu hadir bak bidadari..
sayang,
pertama kali ku melihat dirimu,
kau bagai awan biru,
yang sepi dan kaku,
ku hanya termangu,
dibelenggu dengan nada-nada syahdu...
ku cuba mencari erti,
makna yang kau beri,
agar tidak lagi aku,
buntu pabila bersama mu..

kini aku x pasti,
adakah kita kan bersama,
kerna ku x mahu lagi,
terseksa kerna cinta..
aku hanyalah lembayung angin,
yang  sering dingin,
dengan nikmat keinginan..
aku ingin kan sayangmu,
aku inginkan rindumu,
bukan ku cari harta,
bukan ku pandang rupa,
tidak ku hirau taraf keluarga,
yang ku mahukan hanyalah cinta,
ikhlas dari dirimu..

saat ku mencari perindu,
tuk tenggelamkan  rasa itu,
aku bertemu diri mu,
aku terpinga,
tertanya,
adakah ini digelar cinta?
atau aku  yang berpura dengan jiwa?
lalu ku mencari hati mu,
untuk ku ukirkan kata rindu,
untuk ku luahkan rasa hati ku...
lalu kau beri hatimu,
aku terima dengan rasa sayu,
kan ku jaga,
kan ku gapai segalanya,
agar kau bahagia...

ombak laut masih lagi meniup,
awan sedih masih lagi sayup,
pelangi rindu kini tertutup,
dengan bayu yang lembut...
di mana dirimu,
kan ku cari,
walau terpaksa ku daki,
lurah gunung dugaan..
kan ku semai hatimu,
dengan benih cinta baru,
agar kau bahagia selalu,
kerna ku x mahu,
sedih menyelubungi dirimu...

kisah janji,
x mungkin ku mungkiri,
kerna ku x mahu dikau terguris,
dengan kata-kata manis..
walau berliku,
jalan yang membuntu,
tetap ku gagah bersama mu,
kerna ku tahu,
dalam hatimu,
ada ruang untuk ku..
walau tuhan memisahkan kita,
ingatlah wahai sang pencinta,
cinta dan jiwa ku,
hanya padamu...

<3 aku akan sentiasa menyayangi dirimu walau senang,walau susah.. <3

GG :- aku harap die mengerti.. :)

Wanita dan Cinta

susah untuk ditafsirkan antara wanita dan cinta.. :) sini ade beberape tips untuk mengenali antara Wanita dan Cinta.. :)


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

aku akan lebih menganali dan memahami dirimu sayang.. :)


GG :-Cinta dan wanita memang berbeza.. :)