Friday, May 13, 2011

...Sepanjang Cuti Dua Minggu...

BABAK 1
aku baru pulang dari serdang...
kini aku kat melake....
banyak perkara yang x aku duga berlaku selama aku cuti dua minggu tersebut..
pengalaman yang duka dan suka menggamit memori silam aku...
hari pertama aku sampai di serdang,
aku teringin untuk bertemu dengan seorang kawan yang x pernah lokek dan ok bagi aku..
nama die "kuyu"
sebab orang panggilnya kuyu adalah kerana matanya yang seakan-akan Garfield...
sukar untuk aku bertemu dengan nya,x tahu kenapa..
aku tangguhkan dulu harapan tersebut,
lalu aku terus berjumpa dengan budak2 band aku yang sentiasa giler macam aku...
lepak,jaming dan borak seperti biasa..
cuma yang membezakan adalah rindu yang dah lama terpendam selama hampir 5 bulan....
keadaan di serdang juga banyak berubah membuatkan aku terpinga-pinga seketika kerana terlalu banyak memori aku di serdang...
kemudian aku menelefon kawan2 "burger" yang selalu aku lepak,
tapi diorang dah pindah atau mungkin berselisih faham antara satu sama lain..
x dapat aku meneruskan harapan tersebut...
selang beberapa hari,
aku mengikut drumer aku ke suatu tempat...
dan aku berada di jusco keramat tempat di mana pelajar AF berlatih...
aku tidak meminati AF,dan tidak pernah menonton siarannya..
tetapi kini aku dapat berjumpa dengan pelajar AF di depan mataku...mungkin ini satu harapan untuk aku menaikkan nama band aku...
drumer aku mencuci baju pelajar2 tersebut kerana ibunya membuka sebuah dobi dan rapat dengan pengurus astro...
kita tinggalkan kisah tersebut...

BABAK 2
sahabat yang aku kata kan tadi,"kuyu" atau nama sebenarnya ahmad faiz,telah pergi kerahmatullah pada hari yang menyedihkan...aku teringin untuk berjumpanya,tapi x kesampaian..
sebagai balasan untuk melepaskan rindu,aku menolong keluarganya menguruskan jenazah dari mula hingga di kebumikan...
begitu banyak cerita yang mengganggu fikiran aku waktu itu..
semasa dapat berita tersebut,aku sedang membeli sebuah keyboard di mine's shopping fair...
mulanya aku gembira,akhirnya aku berduka...teringat dulu semasa mendapat berita bahawa abang angkat aku yang mesra dengan panggilan along telah pergi ke rahmatullah...perasaan sedih yang amat sangat menghantui diri aku...
x cukup dengan itu,ikan peliharaan aku,kaloi pun mati...mungkin bagi korang itu cerita biasa...
tapi bagi aku,kaloi yang banyak mengajar aku tentang hidup...
ikan tersebut aku pelihara lebih sepuluh tahun,dari arwah nenek aku ada dan sekarang arwah atok dan nenek aku tiada...kenangan bersama ikan tersebut banyak dan menyedihkan perasaan aku..aku hanya menggunakan mancing buluh dan 2 ekor cengkerik..
itulah kali pertama dan terakhir aku memancing kerana pada waktu itu aku cukup takut pada ikan...
sewaktu ditangkap,kaloi yang aku dapat bukan kecik,tapi besar giler sehinggakan aku terpaksa mengheretnya kerana terlalu berat...sewaktu itu,aku darjah 3...

BABAK 3
sebelum aku balik kesini(melaka),aku demam teruk tapi sehari dua je...
mungkin sebab cuaca panas..
ketika hendak pulang,ayah aku tidak dapat menghantar aku kerana van ayah aku rosak...
jadi terpaksa aku meminta tolong dari seorang sahabat..
"wan busoi" atau lebih dikenali sebagai wan sudi menolong aku...
pada waktu tersebut aku rasa pentingnya pertubuhan pekida malaysia atau mungkin korang panggil 3 line kerana disebabkan itu aku dapat pulang...
wan merangkap abang bawa aku dan aku sangat berterima kasih padanya...
dalam pertubuhan ini mengajar salaing tolong menolong,hormat-menghormati dan macam2 perkara positif...
cuma budak2 zaman sekarang yang telah merosakkan nama baiknya...setibanya aku dimelaka,aku terpaksa tinggal berseorangan kerana semua rakan2 bilik ku pulang...aku kebosanan....aku pun memulakan aktiviti mendownload movie dan movie pertama adalah merong mahawangsa...
layan lah jugak cerita die...
pastu aku bukak fb dan aku dapat berita yang en zack@lec aku pntelah meninggal dunia....
banyak perkara yang x aku duga berlaku dan mungkin ini adalah petunjuk bagiku...
petunjuk untuk aku pulang ke pangkal jalan.....
YA ALLAH, AKU MOHON AGAR AKU DAN SELURUH UMAT ISLAM DIBERI RAHMAT DAN KESELAMATAN DARI SEGALA BENCANA MAHU DUNIA DAN AKHIRAT...AMIN YA ROBBAL A'LAMIN....

No comments:

Post a Comment