Sunday, July 31, 2011

Kenangan Dulu dan Sekarang


assalamualaikum kepada pembaca blog aku yang x seberape nie. aku doakan korang semua dirahmati Allah dan sentiase dimurahkan rezeki. aku harap korang semua dan seluruh umat islam akan mendapat keberkatan sempena bulan ramadhan yang mulia ini. klu dikaitkan dengan makan,aku sering teringat satu peristiwa zaman kecik2 dulu,mse 2 bulan puase dan aku berade di bazar ramadhan. hahahahahah :D tergelak aku klu teringat kembali mse2 tu.pernah x korang pergi baazar ramadhan??tipu la klu x pernah...aku paling suke pergi bazar ramadhan sebab mse 2 lah aku nak melayan nafsu makan aku yang sememangnya comel.hahahahha :D klu korang bagi aku satu periuk nasi pun,insyaallah klu nyawa panjang aku leh habiskan.tapi badan aku x de la gemok sangat,maintain je.. :)

nasi campur yang sememangnya puas untuk dimakan!!


selere makan aku lain sikit,aku suke makan bende yang manis dan x pedas.tu memang favaurite aku la. :) klu korang nak taw pe yang aku suke makan klu bulan bukan puase,ha...ni die...

Kurma Ayam - sememangnya habis klu mak aku masak.. :D


Pajeri Terung - ramai cakap terung pahit,mne ade,manis la,cube le dulu.. :D



Pajeri Nenas - haaaa......nie lagi 1,memang sedap sebab manis...lalallalalala~~~ :D



nie la antara peberet aku klu di hari2 biase. aku akan sental sampai aku x leh sental lagi. hahahaha :D tp,sejak kebelakangan nie aku x dapat nak makan selalu bende2 nie sebab sekarang nie aku tengah belajar. so,memang megi je la menjadi santapan aku..nak x nak memang kene save bajet utk assngmnt,makan n macam2 lagi.. :(

haish megi!kenape aku perlu bersamamu??

tp,memandangkan sekarang 1st puase,aku nak share la kat korang juadah yang aku memang nak cari klu bulan puase..korang pn mesti ade punye juadah yang menjadi kegemaran korang klu bulan puase kan?? :) so,klu kite pergi kat bazaar ramadhan 2,memang korang akan perasan yang kuih memang banyak..

klu bukan kuih pn bebola n nugget macam nie mesti korang akan jumpe.baik jangan beli sebab x kenyang. klu korang teringin 2 maknenye korang bernafsu je,jangan terpedaya..hahaha :) aku sering dapat bezakan antara nafsu dan lapar,tapi aku peduli ape?hahah bak kate ayah aku "...makan selagi bole,klu x bole makan,senyap je..." :) ok lah,sekarang korang layan la juadah aku untuk hari nie k.. :)

nie wajib,sebagai pembasah tekak je -  Air Soya

nie spe x kenal memang bukan manusia la - Roti John

nie sebagai pembuka selera - Kepak Ayam Madu

nie lak sebagai menu sampingan je - Murtabak

nie memang wajib - Air Tebu Ais

nie lak sebagai pencuci mulut je - Wajid (Nasi Manis)

mesti korang tertanya-tanya,mne juadah utamanya kan??hahahaahha :D x perlu ditanya,jawapannya adalah...............NASI CAMPUR LA!!! HAHAHAHHAHAHAHHA :D

The cave city of Vardzia


Bandar gua yang diberi nama ‘The Cave City of Vardzia’ ini terletak di Georgia dimana ianya adalah biara gua yang digali ke sisi gunung Erusheli di Georgia selatan berhampiran Aspindza di tepi kiri Sungai Mtkvari. Ianya dibina oleh Ratu Tamar pada 1185. 










indah landscape nie klu kite jage..
GG :- nak pergi r skali..

10 Kematian yang Pelik

setiap yang hidup pasti merasai mati dan setiap yang mati akan dihidupkan kembali di hari akhirat untuk dihisab. itulah janji Allah pada hambanya; yang baik dibalas syurga dan yang jahat mendapat balasan neraka. kali nie aku cuba untuk menampilkan 10 Kematian Yang Pelik yang berlaku ratusan/ribuan tahun yang lampau di seluruh pelusuk dunia.. :) layan....


10) Empedocles 430 BC
Punca Kematian : Terjun dalam kawah gunung berapi aktif di Mount Etna . Tujuan dia buat begitu untuk menipu pengikut-pengikutnya bahawa apabila dia terjun ke kawah gunung berapi itu, badannya akan hancur terbakar, dan seterusnya akan menjadi tuhan. Padahal pengikutnya tak terjun ikut dia pun. 


9) Pyrrhus of Epirus 272 BC
Punca Kematian : Dibunuh kerana terkejut/tergamam apabila sekeping jubin dilemparkan padanya oleh seorang makcik tua. Phyrrus ni seorang pahlawan yang agak hebat. Dia disuruh oleh Raja untuk mengalahkan Sparta. Tapi korang tau la kan Sparta macamana. lawan punya lawan, dia kalah. Dalam perjalanan pulang setelah kalah, Phyrrus yang menunggang gajah ni, rasa selamat, pasal gajah tinggi + besar. Musuh tak dapat capai. Ada la pulak sorang makcik tak puas hati pasal konflik ni, terus ambik jubin, baling dekat Phyrrus. Terkejut beruk Phyrrus ni. Lalu terjatuh dari gajah. lalu tentera musuh mengambil peluang ni untuk membunuhnya... nasib tak baik si Phyrrus nie...




8) Eleazar Maccabeus 162 BC
Punca Kematian : Dibunuh oleh gajah yang telah dibunuhnya. Ketika peperangan Beth-zechariah, Eleazar kononnya ternampak raja musuh iaitu King Antiochus V menaiki gajah berhampiran dengannya. Dengan niat nak tunjuk hero, nak bunuh gajah raja dengan raja sekali, Eleazar ni melompat masuk bawah perut gajah, kendian ditusuknya lembing yang dibawanya tepat ke dalam perut gajah tu. Gajah tu pun hilang kawalan, lalu menghempap tepat ke atas si Eleazar nih. Eleazar mati serta-merta di tempat kejadian. Yang lebih memalukan, raja musuh tak naik gajah tu pun.


7) Emperor Valerian 260 AD
Punca Kematian : Dijadikan kerusi dan di siat-siat kulitnya.  Valerian dikalahkan di dalam peperangan Edessa. Dia telah dijadikan tawanan perang oleh Raja Parsi iaitu King Shapur I. Untuk memalukan Valerian ini, King Shapur telah mengarahkan Valerian ini menjadi kerusi. Jadi bila Raja Parsi ni nak naik atau turun kuda, si mamat Valerian ni lah yang akan menjadi kerusi. Lama-lama kemudian, Raja pun dah bosan, lalu Raja menyiat-nyiat kulit si Valerian ni. Kulitnya itu di campur bersama najis dan jerami, lalu dipamerkan didalam Persian temples.


6) Humphrey de Bohun 1322 AD
Punca Kematian : Disula . Humphrey de Bohun adalah seorang ahli jawatankuasa yang aktif di dalam Anglo-Norman family di London. Dia seorang yang hebat. Dia bercakap bagi pihak King Edward II. Dia mengetuai bala tentera di Battle of Boroughbridge. Macamana di disula? mcam ni, ketika mengetuai peperangan di sebuah jambatan, dia dan bala tenteranya terperangkap dengan panahan berapi. Jadi dorg terperangkap atas jambatan tu lah. Ada lah sorang musuh ni, menyelinap masuk bawah jambatan, kendian dari celah-celah kayu jambatan tu, ditusukkan lembing nya ke arah punggung Humphrey nih hinggalah ke paras leher. Lalu matilah ia.


5) King Edward II 1327 AD
Punca Kematian : Disula jugak. King Edward II ni memerintah England selama 20 tahun (1307 – 1327). Dia ni ada sikit ciri-ciri gay.  Pada malam 11 Oktober, ketika King ni tengah rilek-rilek layan mata nak tido, dia di tangkap dan diikat oleh siapa pun tak tahu, dengan besi besar yang panas, punggung nya ditusuk masuk. Lalu terbakarlah organ-organ dalaman badannya, dan mati...


4) Humayun 1556
Punca Kematian : Terpijak jubah sendiri kemudian terjatuh ketika menunaikan solat. Humayun adalah seorang Munghal Emperor yang memerintah Afghanistan, Pakistan, dan India Utara pada  1530–1540 lagi sekali pada 1555–1556. Beliau seorang pencinta Seni dan Astronomi . Selepas keluar dari perpustakaan untuk meminjam buku, Humayun terdengar Azan, lantas beliau pergi ke masjid untuk menunaikan solat. Ketika mahu rukuk, beliau terpijak jubahnya, lalu beliau pun terjatuh. Kepalanya terhantuk , beliau meinggal 3 hari kemudian.


3) Arthur Aston 1649
Punca Kematian : Dipukul sehingga mati dengan kaki palsu sendiri. Arthur Aston adalah seorang askar professional.  Dia banyak membantu King Charles I dalam English Civil War. Pada September 1644, dia terjatuh dari kuda, lalu menyebabkan dia terpaksa menggunakan kaki palsu yang diperbuat daripada kayu. Pada 1649 seorang penjahat bernama , Oliver Cromwell telah menyerang hometown si Arthur ni. Arthur ditangkap oleh tentera musuh. Tentera musuh ni pun bangang, dorg percaya si Arthut ni simpan emas di dalam kaki palsu tuh, dorg cabut kaki tuh, tengok-tengok takde apa2.. dorg marah, lalu memukul si Arthur dengan kaki palsu tu, hingga si Arthut mati. 


2) Julien Offray de La Mettrie 1751
Punca Kematian : Terlalu banyak makan. Julien seorang berbangsa Perancis. Dia seorang doktor, ahli falsafah dan juga pengasas sains kognitif. Dia yang  seorang Atheist (tidak beragama), percaya bahawa nafsu (makan, seks,enjoy) perlu digunakan sebaik-baik dlam hidup ini. Lalu dia pun mengamalkan cara hidup bebas itu. Dia mati kerana makan truffel terlalu banyak ketika pesta yang dianjurkan oleh slah seorang pesakitnya.


1) Bandō Mitsugorō VIII 1975
Punca Kematian : Meninggal dunia selepas memakan hati ikan buntal. Bandō Mitsugorō VIII adalah seorang KABUKI yang terkenal. Kabuki ni adalah satu tarian/drama yang diiktiraf sebagai harta negara oleh Jepun. Pada 16 januari, diorang sepakat ramai-ramai kluar makan.  Si bando ni nak tunjuk terer, dia pesan hati ikan buntal. Chef yang memasak pada hari tu telah menasihatinya, tapi dia keras kepala. Cakap banyak tak guna. dia mati 7 jam selepas makan hati ikan buntal tu. Hati ikan buntal penuh dengan toksin.

GG :- macam-macam dunia sekarang nie... :)

Catacombes de Paris (l'Ossuaire Municipal)

The Catacombs Paris atau Catacombes de Paris adalah kubur bawah tanah yang terkenal di Paris, Perancis. Berada dekat dengan Stesen Denfert-Rochereau, Paris Metro. Dibuka dan di diubah suai sebagai terowongan bawah tanah di akhir abad 18. Ia menjadi daya tarikkan pelancong dari awal abad ke-19 dan telah terbuka secara rasmi pada 1867 . Nama rasmi untuk Catacombs adalah l'Ossuaire Municipal.








Sejarah catacombs bermula ketika akhir abad ke 17 dimana banyak warga paris meninggal karana penyakit yang disebabkan pembakaran tidak sempurna oleh pabrik-pabrik di perancis (ketika revolusi industri). Oleh kerana jumlah kubur yang tidak memadai, idea penggunaan tulang manusia yang telah mati pada terowong dicetuskan oleh Letnan Jenderal Polisi Alexandre Lenoir. Catacombs didirikan pada tahun 1786 dan kemudian diteruskan oleh M. Thiroux de Crosne, Charles Axel Guillaumot, Inspekter Jenderal Quarries, dan Louis-Etienne Héricart de Thury.

GG :- ape la nasib mayat2 tu ea?? [ sumber ]

5 Gadget Berkuasa Air

biasenye gadget yang kite beli kat pasaran kebanyakannya menggunakan kuasa bateri ataupun seumpama dengannya. tapi kali ni aku nak memperkenalkan kat korang 5 Gadget yang menggunakan kuasa air. mean,klu korang pakai gadget2 macam nie, jimat la sikit, x payah nak beli bateri tiap2 bulan. :) layan...


Jam loceng berkuasa air- sebuah jam loceng (bukannya jam tangan kinetik) yang tidak memerlukan bateri atau putaran mekanikal tetapi cuma beberapa titik air kosong. Jam terus berfungsi dalam keadaan yang mesra alam. 

Radio berkuasa air- Radio ini merupakan radio bilik mandi. Radio bilik mandi yang lain biasanya berkuasa elektrik, kalau tidak pun berkuasa bateri. Radio ini disambungkan terus ke paip air yang kemudiannya akan menghidupkan radio sekiranya air mengalir melaluinya. Di dalam radio ini ada satu mekanisme turbin seperti turbin hidroelektrik. 

Bateri berkuasa air- Senang betul nak cas bateri ni, tak payah cari sumber elektrik langsung. Aluminium dan magnesium dalam bateri akan bereaksi dan menghasilkan tenaga elektrik bila terkena sebarang cecair atau umumnya air biasa. Buat masa ini hanya boleh didapati di Jepun dalam saiz AAA dan AA.

Janakuasa (generator) berkuasa air- Janakuasa ini memerlukan satu katrij khas yang akan diisikan air untuk menjanakan kuasa elektrik yang dalam kapasiti biasa boleh mengecas komputer riba sehingga sepuluh kali. Boleh membekalkan tenaga kepada alat rendah penggunaan tenaga seperti lampu dan televisyen.

Kalkulator berkuasa air- tidak pasti adakah alat ini relevan kerana kalkulator berkuasa suria sudah berlambak di pasaran dengan harga yang teramat murah jika dibandingkan dengan yang berkuasa air serta lebih tahan lama. Kalkulator berkuasa air paling lama pun hanya mampu bertahan selama 3 bulan sebelum di tambah air semula.

GG :- layan je la... :)

Saturday, July 30, 2011

Betol ke Starbuck Haram?


aku ade terbuka kat beberape tempat,heboh sekarang nie pasal starbuck nie haram. betol ke??aku pun x sure la sangat sebab aku nie bukan nye budak hot yang suke lepak kat tempat2 grand. hahahahahha :D aku rase diorang yang lepak kat tempat2 cam nie semua nak hhot je. aku pun try researh kat beberape tempat,n sekarang aku pun bingung.

banyak artical yang aku jumpe semua tulis macam nie : 
"... Please note that all chocolate, vanilla and coffee drinks at 
Coffee Bean and Starbuck contains E471 (Emulsifier 471),
mono di-glycefides which is from animal origin (pork).
Raspberry Frap uses cherries that has been dip n 
alcohol & the tiramisu contains RUM. 
Please pass this message to our muslim friends. 
Call JAKIM 03 - 8886 4000 for more info~
..."

maksud die, semua coklet,vanila ngan kopi yang ada di coffee bean dan starbuck mengandungi E471,(mono di-glycefides yang mengandungi unsur babi. Raspberry Frap yang menggunakan ceri dah dicelup dengan alkohol. tiramisu lak ade RUM. 


aku pun try cari beberape maksud yang x berape familiar ngan aku.


E471 (Emulsifier 471)
satu elemen yang digunakan untuk mencampurkan antara minyak@lemak dengan air. 2 sebab la aiskrim yang korang makan sedap. klu x de elemen nie,ais krim korang jadi la macam ais krim malaysia yang keras macam batu 2. 
A. Two immiscible liquids, not yet emulsified.
B. An emulsion of Phase II dispersed in Phase I.
C. The unstable emulsion progressively separates.
D. The surfactant (purple outline around particles) positions itself on the interfaces between Phase II and Phase I, stabilizing the emulsion




tapi bende nie x semestinya dari lemak haiwan, dari minyak kelape sawit pn ade-[ rujuk sini ]. tapi masalahnye,die tulis bende alah nie ade mono di-glycefides yang berasal dari lemak haiwan,iaitu babi. tapi kepastiannye aku x pasti la. aku pun x jumpe faktanye.


antara kod makanan yang juga menggunakan bahan dari babi yang lain adalah;
E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234, E252, E270, E280, E325, E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433, E434, E435, E436, E440, E470, E471, E472, E473, E474, E475, E476, E477, E478, E481, E482, E483, E491, E492, E493, E494, E495, E542, E570, E572, E631, E635, E904. [ sumber ]


Raspberry Frap lak yang gune ceri dah dicelup ngan alkohol. bagi korang yang x taw pasal alkohol boleh rujuk Sini. nie lak contoh bond untuk alkohol.


Ball-and-stick model of the hydroxyl (OH) functional group in an alcohol molecule

The hydroxyl (OH) functional group in an alcohol molecule


Tiramisu yang dah memang sedap 2 pun haram hukumnye, dan klu korang nak taw,memang tiramisu nie ade rum. korang taw x rum 2 ape??n pernah makan x tiramisu??klu x pernah,tengok nie k..




sedap kan klu tengok?nie la yang aku cakap ade rum 2.. [ sumber ]





nie lak contoh2 rum yang aku cakap 2..klu korang tengok Pirate Of The Carribbean 2,Jack Sparrow memang suke sangat ngan bende nie..untuk maklumat lanjut, Klik Sini..

sumber :-

tapi,aku musykil gak dengan beberape laman web yang aku jumpe td, ade gak yang mengatakan starbuck nie x haram. aku no komen la sebab aku bukannye orang hot yang selalu nak lepak starbuck, tapi aku kesian kat sedare sesama muslim aku, pasal bende kecik yang di anggap remeh nie, boleh menghitamkan hati dan kesannye korang akan jadi degil,susah nak belajar dan kurang ajar. keruntuhan akhlak dan masalah sosial juga bole berlaku klu perkare kecik macam nie korang anggap remah. cube korang bace kat Sini..

GG :- wallahu'alam...pandai2 la pikir sendiri.. :)