Sunday, July 31, 2011

10 Kematian yang Pelik

setiap yang hidup pasti merasai mati dan setiap yang mati akan dihidupkan kembali di hari akhirat untuk dihisab. itulah janji Allah pada hambanya; yang baik dibalas syurga dan yang jahat mendapat balasan neraka. kali nie aku cuba untuk menampilkan 10 Kematian Yang Pelik yang berlaku ratusan/ribuan tahun yang lampau di seluruh pelusuk dunia.. :) layan....


10) Empedocles 430 BC
Punca Kematian : Terjun dalam kawah gunung berapi aktif di Mount Etna . Tujuan dia buat begitu untuk menipu pengikut-pengikutnya bahawa apabila dia terjun ke kawah gunung berapi itu, badannya akan hancur terbakar, dan seterusnya akan menjadi tuhan. Padahal pengikutnya tak terjun ikut dia pun. 


9) Pyrrhus of Epirus 272 BC
Punca Kematian : Dibunuh kerana terkejut/tergamam apabila sekeping jubin dilemparkan padanya oleh seorang makcik tua. Phyrrus ni seorang pahlawan yang agak hebat. Dia disuruh oleh Raja untuk mengalahkan Sparta. Tapi korang tau la kan Sparta macamana. lawan punya lawan, dia kalah. Dalam perjalanan pulang setelah kalah, Phyrrus yang menunggang gajah ni, rasa selamat, pasal gajah tinggi + besar. Musuh tak dapat capai. Ada la pulak sorang makcik tak puas hati pasal konflik ni, terus ambik jubin, baling dekat Phyrrus. Terkejut beruk Phyrrus ni. Lalu terjatuh dari gajah. lalu tentera musuh mengambil peluang ni untuk membunuhnya... nasib tak baik si Phyrrus nie...




8) Eleazar Maccabeus 162 BC
Punca Kematian : Dibunuh oleh gajah yang telah dibunuhnya. Ketika peperangan Beth-zechariah, Eleazar kononnya ternampak raja musuh iaitu King Antiochus V menaiki gajah berhampiran dengannya. Dengan niat nak tunjuk hero, nak bunuh gajah raja dengan raja sekali, Eleazar ni melompat masuk bawah perut gajah, kendian ditusuknya lembing yang dibawanya tepat ke dalam perut gajah tu. Gajah tu pun hilang kawalan, lalu menghempap tepat ke atas si Eleazar nih. Eleazar mati serta-merta di tempat kejadian. Yang lebih memalukan, raja musuh tak naik gajah tu pun.


7) Emperor Valerian 260 AD
Punca Kematian : Dijadikan kerusi dan di siat-siat kulitnya.  Valerian dikalahkan di dalam peperangan Edessa. Dia telah dijadikan tawanan perang oleh Raja Parsi iaitu King Shapur I. Untuk memalukan Valerian ini, King Shapur telah mengarahkan Valerian ini menjadi kerusi. Jadi bila Raja Parsi ni nak naik atau turun kuda, si mamat Valerian ni lah yang akan menjadi kerusi. Lama-lama kemudian, Raja pun dah bosan, lalu Raja menyiat-nyiat kulit si Valerian ni. Kulitnya itu di campur bersama najis dan jerami, lalu dipamerkan didalam Persian temples.


6) Humphrey de Bohun 1322 AD
Punca Kematian : Disula . Humphrey de Bohun adalah seorang ahli jawatankuasa yang aktif di dalam Anglo-Norman family di London. Dia seorang yang hebat. Dia bercakap bagi pihak King Edward II. Dia mengetuai bala tentera di Battle of Boroughbridge. Macamana di disula? mcam ni, ketika mengetuai peperangan di sebuah jambatan, dia dan bala tenteranya terperangkap dengan panahan berapi. Jadi dorg terperangkap atas jambatan tu lah. Ada lah sorang musuh ni, menyelinap masuk bawah jambatan, kendian dari celah-celah kayu jambatan tu, ditusukkan lembing nya ke arah punggung Humphrey nih hinggalah ke paras leher. Lalu matilah ia.


5) King Edward II 1327 AD
Punca Kematian : Disula jugak. King Edward II ni memerintah England selama 20 tahun (1307 – 1327). Dia ni ada sikit ciri-ciri gay.  Pada malam 11 Oktober, ketika King ni tengah rilek-rilek layan mata nak tido, dia di tangkap dan diikat oleh siapa pun tak tahu, dengan besi besar yang panas, punggung nya ditusuk masuk. Lalu terbakarlah organ-organ dalaman badannya, dan mati...


4) Humayun 1556
Punca Kematian : Terpijak jubah sendiri kemudian terjatuh ketika menunaikan solat. Humayun adalah seorang Munghal Emperor yang memerintah Afghanistan, Pakistan, dan India Utara pada  1530–1540 lagi sekali pada 1555–1556. Beliau seorang pencinta Seni dan Astronomi . Selepas keluar dari perpustakaan untuk meminjam buku, Humayun terdengar Azan, lantas beliau pergi ke masjid untuk menunaikan solat. Ketika mahu rukuk, beliau terpijak jubahnya, lalu beliau pun terjatuh. Kepalanya terhantuk , beliau meinggal 3 hari kemudian.


3) Arthur Aston 1649
Punca Kematian : Dipukul sehingga mati dengan kaki palsu sendiri. Arthur Aston adalah seorang askar professional.  Dia banyak membantu King Charles I dalam English Civil War. Pada September 1644, dia terjatuh dari kuda, lalu menyebabkan dia terpaksa menggunakan kaki palsu yang diperbuat daripada kayu. Pada 1649 seorang penjahat bernama , Oliver Cromwell telah menyerang hometown si Arthur ni. Arthur ditangkap oleh tentera musuh. Tentera musuh ni pun bangang, dorg percaya si Arthut ni simpan emas di dalam kaki palsu tuh, dorg cabut kaki tuh, tengok-tengok takde apa2.. dorg marah, lalu memukul si Arthur dengan kaki palsu tu, hingga si Arthut mati. 


2) Julien Offray de La Mettrie 1751
Punca Kematian : Terlalu banyak makan. Julien seorang berbangsa Perancis. Dia seorang doktor, ahli falsafah dan juga pengasas sains kognitif. Dia yang  seorang Atheist (tidak beragama), percaya bahawa nafsu (makan, seks,enjoy) perlu digunakan sebaik-baik dlam hidup ini. Lalu dia pun mengamalkan cara hidup bebas itu. Dia mati kerana makan truffel terlalu banyak ketika pesta yang dianjurkan oleh slah seorang pesakitnya.


1) Bandō Mitsugorō VIII 1975
Punca Kematian : Meninggal dunia selepas memakan hati ikan buntal. Bandō Mitsugorō VIII adalah seorang KABUKI yang terkenal. Kabuki ni adalah satu tarian/drama yang diiktiraf sebagai harta negara oleh Jepun. Pada 16 januari, diorang sepakat ramai-ramai kluar makan.  Si bando ni nak tunjuk terer, dia pesan hati ikan buntal. Chef yang memasak pada hari tu telah menasihatinya, tapi dia keras kepala. Cakap banyak tak guna. dia mati 7 jam selepas makan hati ikan buntal tu. Hati ikan buntal penuh dengan toksin.

GG :- macam-macam dunia sekarang nie... :)

No comments:

Post a Comment