Wednesday, August 3, 2011

Luahan Cinta Dari Sang Perindu

assalamualaikum dan salam ramadhan kepada semua pembaca blog yg setia. aku ucapkan ribuan terima kasih  kepada semua kerana sudi membaca blog aku yg x seberape nie. hari nie aku nak luahkan perasaan aku yg tengah celaru nie. :) khas untuk sayang aku yg aku amat rindui.. :) 



kala malam ku sunyi,
kau hadir menemani..
kala aku sendiri,
rona rindu mu hadir bak bidadari..
sayang,
pertama kali ku melihat dirimu,
kau bagai awan biru,
yang sepi dan kaku,
ku hanya termangu,
dibelenggu dengan nada-nada syahdu...
ku cuba mencari erti,
makna yang kau beri,
agar tidak lagi aku,
buntu pabila bersama mu..

kini aku x pasti,
adakah kita kan bersama,
kerna ku x mahu lagi,
terseksa kerna cinta..
aku hanyalah lembayung angin,
yang  sering dingin,
dengan nikmat keinginan..
aku ingin kan sayangmu,
aku inginkan rindumu,
bukan ku cari harta,
bukan ku pandang rupa,
tidak ku hirau taraf keluarga,
yang ku mahukan hanyalah cinta,
ikhlas dari dirimu..

saat ku mencari perindu,
tuk tenggelamkan  rasa itu,
aku bertemu diri mu,
aku terpinga,
tertanya,
adakah ini digelar cinta?
atau aku  yang berpura dengan jiwa?
lalu ku mencari hati mu,
untuk ku ukirkan kata rindu,
untuk ku luahkan rasa hati ku...
lalu kau beri hatimu,
aku terima dengan rasa sayu,
kan ku jaga,
kan ku gapai segalanya,
agar kau bahagia...

ombak laut masih lagi meniup,
awan sedih masih lagi sayup,
pelangi rindu kini tertutup,
dengan bayu yang lembut...
di mana dirimu,
kan ku cari,
walau terpaksa ku daki,
lurah gunung dugaan..
kan ku semai hatimu,
dengan benih cinta baru,
agar kau bahagia selalu,
kerna ku x mahu,
sedih menyelubungi dirimu...

kisah janji,
x mungkin ku mungkiri,
kerna ku x mahu dikau terguris,
dengan kata-kata manis..
walau berliku,
jalan yang membuntu,
tetap ku gagah bersama mu,
kerna ku tahu,
dalam hatimu,
ada ruang untuk ku..
walau tuhan memisahkan kita,
ingatlah wahai sang pencinta,
cinta dan jiwa ku,
hanya padamu...

<3 aku akan sentiasa menyayangi dirimu walau senang,walau susah.. <3

GG :- aku harap die mengerti.. :)

Wanita dan Cinta

susah untuk ditafsirkan antara wanita dan cinta.. :) sini ade beberape tips untuk mengenali antara Wanita dan Cinta.. :)


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.

aku akan lebih menganali dan memahami dirimu sayang.. :)


GG :-Cinta dan wanita memang berbeza.. :)

Tanda Si Dia Jodoh Kita

manusia kadang2 menipu dalam jodoh hanya keranan mementingkan nafsu dan diri sendiri.betul ke?ni tande2 "si dia" adalah jodoh kita. :)


1.Bersahaja

Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama

Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya

Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur

Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan

5.Percaya Mempercayai

Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama


Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita

Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan


Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati

Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal

Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.



adakah ini jodoh aku?aku x sanggup kehilangannya.. :)

GG :- jodoh bole jadi bodoh.. =) ingat tuhan genji.. =)

Tanda Lelaki Jatuh Cinta Terhadap Seorang Wanita?

betul ke tande2 nie ade kat aku??jap,aku check dulu.. :)


1. Dia bersungguh-sunguh melakukan sesuatu demi kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.

9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari org lain.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dgn sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya.

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan.




<3  i'll always love u my dear  <3

GG :-lalalala~ no coment.. =)

Wordless Wednesday #1







GG :-selamat berbuke puase kepade semua.. =)

Tuesday, August 2, 2011

Cinta Atau Nafsu?


assalamualaikum dan salam ramadhan kepada semua. aku tertanya-tanya pada diri aku sekarang. adakah aku inginkannya kerna cinta atau kerna nafsu?aku sendiri x mengerti. adush! sebelum nie aku hidup dengan cara aku dan aku bebas. bebas maksud aku, adalah aku bebas untuk buat apa sahaja yang aku suka. dia x pernah menghalang aku untuk membuat apa-apa,tp aku yang mengubah diri aku deminya supaya aku akan kelihatan perfect dimatanya. kenapa perlu aku wat cam 2? sebab aku sayang kan die n aku x nak kehilangannya. hidupaku sekarang penuh persoalan yang aku sendiri x mampu jawab. kenape sejak dia datang dalam hidup aku,x sampai beberape bulan,aku dah rase yang aku nie dah macam orang lain.aku hepy sangat klu dekat ngan dia n aku rase aku dah macam lupe segalanya klu aku bersamanya.tp aku masih ingat pd tuhan dan aku x sanggup merosakkannya sbb aku amat sayangkannya. mayb pd sesetengah orang,lelaki semuanya sama,tp sebenarnya x.


jenis aku,aku susah untuk memberikan cinta aku kepada seseorang,dan aku paling benci disakiti dan dipermainkan.maknanya,jika aku dah menyatakan yang aku suka pd seseorang 2 lebih dari kawan,dan die wat dek je,sory 2 say la.aku bukan kayu nak tunggu orang yang x sudi pd aku.tp percayalah,aku nie jenis setia.aku x leh nak buktikan dengan kata2 lagi sbb pengalaman mengajar aku segalanya.aku ingin disayangi dan aku ingin dihargai.itu yang aku mahukan darinya,x lebih dari tu.dan aku janji aku akan menjaganya seperti aku menjaga nyawa ku.


perasaan lelaki boleh diibaratkan seperti kucing.kucing ade beberape type seperti kucing giler,kucing jalanan,kucing parsi dan macam2 lagi.macam 2 jugaklah lelaki.perasaan lelaki akan berubah dengan 3 perkara mengikut pengalaman aku..

1)seks
2)rupa/harta
3)sayang/cinta

hanya 3 elemen nie yang boleh menentukan satu-satu pasangan itu bahagia atau tidak dikemudian hari. aku amat memerlukannya.jika lelaki ibarat kucing,perempuan ibarat bola permainannya.jika bola tersebut bergerak,kucing tersebut akan bermain dengannya.jika bola itu senyap,kucing tersebut akan beredar dari tempatnya dan mencari permainan baru.tp,semua kelakuan ini bergantung kepada jenis kucing samada dari jenis manja,jalanan atau giler atau sebagainya.itu aku rase korang mampu pikir sendiri.bukan wanita je yang akan menangis bile dikecewakan,tetapi lelaki juga akan menangis jika dikecewakan.aku mengaku aku sendiri pernah menangis,tp pengalaman mengajar segalanya bro.aku x nak cakap yang aku nie dah banyak pengalaman,bukan,tp aku nie just nak berkongsi pengalaman aku bersama korang.jika aku salah,tolong tegur aku sbb aku nie manusia biasa yang sering melakukan kesalahan. lagipun aku nie baru belasan tahun dan masih banyak yang perlu aku pelajari.


ape pendapat korang?cantik ke?bagi aku biase je.mayb sebab gambar die kot.

aku suke melihat renungan matanya,comel,senyumannya,manis.

gelagatnya sering membuatkan aku gembira,ketawa dan kadang2 aku juga berduka.

keayuannya jelas tat kala mengenakan baju kurung melayu warna kegemaran aku,coklet.

dia sukakan warna biru,aku juga suka melihatnya berwarna biru.

jujur aku katakan,aku mencintainya bukan kerna nafsu,tapi aku mencintainya kerana die ikhlas bersama aku walaupun aku nie x seberapa,x macam budak2 kolej yang lain,berkenderaan,tp die still sayang kat aku.die jujur pada aku walaupun tentang perasaannya,dia pernah menyatakan yang dia masih x dapat lupakan bekas kekasihnya,dan aku terima kerna dia jujur dan setia.aku akan tolongnya hingga dia dapat melupakan bekas kekasihnya itu.dia juga memahami aku,tahu apa yang aku suka dan apa yang aku tidak suka.jadi,x salah kalau aku berubah deminya.kesimpulannya,pada pendapat korang,adakah aku mencintainya kerana cinta atau kerana nafsu?

GG :- perasaan x keruan sekarang,aku harap ada orang yang boleh menenangkan aku. :)

Doa-doa Harian di Bulan Ramadhan

assalamualaikum kepada pembaca blog aku. aku harap semua dalam keadaan sihat selalu. :) kat sini aku nak share beberape doa sepanjang bulan ramadhan yang mulia nie. aku harap doa-doa nie dapat korang jadikan sebagai amalan sepanjang bulan ramadhan yang penuh berkat ini. aku dapat nie pun dari blog abang solihin zubir. amalkan la ea... :)







Doa Hari Pertama


اَللَّهُمَّ اجْعَلْ صِيَامِيْ فِيْهِ صِيَامَ الصَّائِمِيْنَ وَ قِيَامِيْ فِيْهِ قِيَامَ الْقَائِمِيْنَ وَ نَبِّهْنِيْ فِيْهِ عَنْ نَوْمَةِ الْغَافِلِيْنَ وَ هَبْ لِيْ جُرْمِيْ فِيْهِ يَا إِلَهَ الْعَالَمِيْنَ وَ اعْفُ عَنِّيْ يَا عَافِيًا عَنِ الْمُجْرِمِيْنَ

Ya Allah.. Jadikanlah puasaku sebagai puasa orang-orang yang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku sebagai ibadah orang-orang yang benar-benar melakukan ibadah malam. Dan jagalah aku dari tidurnya orang-orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku… Wahai Tuhan sekalian alam. Dan ampunilah aku, wahai pengampun para pembuat dosa.

Doa Hari Kedua


اَللَّهُمَّ قَرِّبْنِيْ فِيْهِ إِلَى مَرْضَاتِكَ وَ جَنِّبْنِيْ فِيْهِ مِنْ سَخَطِكَ وَ نَقِمَاتِكَ وَ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِقِرَاءَةِ آيَاتِكَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Ya Allah.. Dekatkanlah aku kepada Keredhaan-Mu dan jauhkanlah aku dari kemurkaan serta balasan-Mu. Berilah aku kemampuan untuk membaca ayat-ayat-Mu dengan rahmat-Mu, wahai Maha Pengasih kepada semua pengasih.

Doa Hari Ketiga


اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ الذِّهْنَ وَ التَّنْبِيْهَ وَ بَاعِدْنِيْ فِيْهِ مِنَ السَّفَاهَةِ وَ التَّمْوِيْهِ وَ اجْعَلْ لِيْ نَصِيْبًا مِنْ كُلِّ خَيْرٍ تُنْزِلُ فِيْهِ، بِجُوْدِكَ يَا أَجْوَدَ الْأَجْوَدِيْنَ

Ya Allah.. Berikanlah aku rezeki akal dan kewaspadaan dan jauhkanlah aku dari kebodohan dan kesesatan. Sediakanlah bahagian untukku dari segala kebaikan yang Kau turunkan, demi kemurahan-Mu, wahai Dzat Yang Maha Dermawan dari semua dermawan!

Doa Hari Keempat


اَللَّهُمَّ قَوِّنِيْ فِيْهِ عَلَى إِقَامَةِ أَمْرِكَ وَ أَذِقْنِيْ فِيْهِ حَلاَوَةَ ذِكْرِكَ وَ أَوْزِعْنِيْ فِيْهِ لأدَاءِ شُكْرِكَ بِكَرَمِكَ وَ احْفَظْنِيْ فِيْهِ بِحِفْظِكَ وَ سِتْرِكَ يَا أَبْصَرَ النَّاظِرِيْنَ

Ya Allah.. Berikanlah kekuatan kepadaku, untuk menegakkan perintah-perintah-Mu, Dan berilah aku manisnya berzikir mengingat-Mu. Berilah aku kekuatan untuk menunaikan syukur kepada-Mu, dengan kemuliaan-Mu. Dan jagalah aku dengan penjagaan-Mu dan perlindungan-Mu, wahai Dzat Yang Maha Melihat.

Doa Hari Kelima


اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنْ عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ الْقَانِتِيْنَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنْ أَوْلِيَائِكَ الْمُقَرَّبِيْنَ بِرَأْفَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ

Ya Allah.. Jadikanlah aku diantara orang-orang yang memohon keampunan, Dan jadikanlah aku sebagai hamba-Mu yang Soleh dan setia serta jadikanlah aku diantara Auliya’-Mu yang dekat disisi-Mu, dengan kelembutan-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pengasih di antara semua pengasih.

Doa Hari keenam


اَللَّهُمَّ لاَ تَخْذُلْنِيْ فِيْهِ لِتَعَرُّضِ مَعْصِيَتِكَ وَ لاَ تَضْرِبْنِيْ بِسِيَاطِ نَقِمَتِكَ وَ زَحْزِحْنِيْ فِيْهِ مِنْ مُوْجِبَاتِ سَخَطِكَ بِمَنِّكَ وَ أَيَادِيْكَ يَا مُنْتَهَى رَغْبَةِ الرَّاغِبِيْنَ

Ya Allah.. Janganlah Engkau hinakan aku kerana perbuatan maksiat terhadap-Mu, dan janganlah Engkau pukul aku dengan cambuk balasan-Mu. Jauhkanlah aku dari hal-hal yang dapat menyebabkan kemurkaan-Mu, dengan anugerah dan bantuan-Mu, wahai puncak keinginan orang-orang yang berkeinginan.

Doa Hari Ketujuh


اَللَّهُمَّ أَعِنِّيْ فِيْهِ عَلَى صِيَامِهِ وَ قِيَامِهِ وَ جَنِّبْنِيْ فِيْهِ مِنْ هَفَوَاتِهِ وَ آثَامِهِ وَ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ ذِكْرَكَ بِدَوَامِهِ بِتَوْفِيْقِكَ يَا هَادِيَ الْمُضِلِّيْنَ

Ya Allah.. Bantulah aku untuk melaksanakan puasanya, dan ibadah malamnya. jauhkanlah aku dari kelalaian dan dosa-dosa-Nya. Dan berikanlah aku zikir berupa zikir mengingat-Mu secara berkesinambungan, Dengan Taufiq-Mu, wahai Pemberi Petunjuk Orang-Orang Yang Sesat.

Doa Hari Kelapan


اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ رَحْمَةَ الأَيْتَامِ وَ إِطْعَامَ الطَّعَامِ وَ إِفْشَاءَ السَّلاَمِ وَ صُحْبَةَ الْكِرَامِ بِطَوْلِكَ يَا مَلْجَأَ الآمِلِيْنَ

Ya Allah.. Berilah aku rezki berupa kasih sayang terhadap anak-anak yatim dan pemberian makan, serta penyebaran salam, dan pergaulan dengan orang-orang mulia, dengan kemuliaan-Mu, wahai Tempat Berlindung Bagi Orang-Orang Yang Berharap.

Doa Hari Kesembilan


اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِيْ فِيْهِ نَصِيْبًا مِنْ رَحْمَتِكَ الْوَاسِعَةِ وَ اهْدِنِيْ فِيْهِ لِبَرَاهِيْنِكَ السَّاطِعَةِ وَ خُذْ بِنَاصِيَتِيْ إِلَى مَرْضَاتِكَ الْجَامِعَةِ بِمَحَبَّتِكَ يَا أَمَلَ الْمُشْتَاقِيْنَ

Ya Allah.. Sediakanlah untukku sebagian dari Rahmat-Mu yang luas, Dan berikanlah aku petunjuk kepada ajaran-ajaran-Mu yang terang, dan bimbinglah aku menuju kepada kerelaan-Mu yang penuh dengan kecintaan-Mu, Wahai Harapan Orang-Orang Yang Rindu.

Doa Hari Kesepuluh


اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْمُتَوَكِّلِيْنَ عَلَيْكَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْفَائِزِيْنَ لَدَيْكَ وَ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْمُقَرَّبِيْنَ إِلَيْكَ بِإِحْسَانِكَ يَا غَايَةَ الطَّالِبِيْنَ

Ya Allah.. Jadikanlah aku diantara orang-orang yang bertawakkal kepada-Mu, Dan jadikanlah aku diantara orang-orang yang menang disisi-Mu, Dan jadikanlah aku diantara orang-orang yang dekat kepada-Mu dengan Ihsan-Mu, Wahai Tujuan Orang-Orang Yang Memohon.

Doa Hari Kesebelas


اَللَّهُمَّ حَبِّبْ إِلَيَّ فِيْهِ الْإِحْسَانَ وَ كَرِّهْ إِلَيَّ فِيْهِ الْفُسُوْقَ وَ الْعِصْيَانَ وَ حَرِّمْ عَلَيَّ فِيْهِ السَّخَطَ وَ النِّيْرَانَ بِعَوْنِكَ يَا غِيَاثَ الْمُسْتَغِيْثِيْنَ

Ya Allah.. Tanamkanlah dalam diriku kecintaan kepada perbuatan baik, Dan tanamkanlah dalam diriku kebencian terhadap kemaksiatan dan kefasikan. Jauhkanlah dariku kemurkaan-Mu dan api neraka dengan pertolongan-Mu, Wahai Penolong Orang-Orang Yang Meminta Pertolongan.

Doa Hari Kedua Belas


اَللَّهُمَّ زَيِّنِّيْ فِيْهِ بِالسِّتْرِ وَ الْعَفَافِ وَ اسْتُرْنِيْ فِيْهِ بِلِبَاسِ الْقُنُوْعِ وَ الْكَفَافِ وَ احْمِلْنِيْ فِيْهِ عَلَى الْعَدْلِ وَالإِنْصَافِ وَ آمِنِّيْ فِيْهِ مِنْ كُلِّ مَا أَخَافُ بِعِصْمَتِكَ يَا عِصْمَةَ الْخَائِفِيْنَ

Ya Allah.. Hiasilah diriku dengan penutup dan kesucian. Tutupilah diriku dengan pakaian Qana’ah dan kerelaan. Tempatkanlah aku di atas jalan keadilan dan sikap tulus. Amankanlah diriku dari setiap yang aku takuti dengan penjagaan-Mu, Wahai Penjaga Orang-Orang Yang Takut.

Doa Hari Ketiga Belas


اَللَّهُمَّ طَهِّرْنِيْ فِيْهِ مِنَ الدَّنَسِ وَ الْأَقْذَارِ وَ صَبِّرْنِيْ فِيْهِ عَلَى كَائِنَاتِ الْأَقْدَارِ وَ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِلتُّقَى وَ صُحْبَةِ الأَبْرَارِ بِعَوْنِكَ يَا قُرَّةَ عَيْنِ الْمَسَاكِيْنِ

Ya Allah.. Sucikanlah diriku dari kekotoran dan kejelekan. Berilah kesabaran padaku untuk menerima segala ketentuan. Dan berilah kemampuan kepadaku untuk bertaqwa, Dan bergaul dengan orang-orang yang baik dengan bantuan-Mu, Wahai Dambaan Orang-Orang Miskin.

Doa Hari keempat Belas


اَللَّهُمَّ لاَ تُؤَاخِذْنِيْ فِيْهِ بِالْعَثَرَاتِ وَ أَقِلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْخَطَايَا وَ الْهَفَوَاتِ وَ لاَ تَجْعَلْنِيْ فِيْهِ غَرَضًا لِلْبَلايَا وَ الآفَاتِ بِعِزَّتِكَ يَا عِزَّ الْمُسْلِمِيْنَ

Ya Allah.. Janganlah Engkau hukum aku, kerana kekeliruan yang ku lakukan. Dan ampunilah aku dari kesalahan-kesalahan dan kebodohan. Janganlah Engkau jadikan diriku sebagai sasaran bala dan malapetaka dengan kemuliaan-Mu, Wahai Kemuliaan Kaum Muslimin.

Doa Hari Kelima Belas


اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ طَاعَةَ الْخَاشِعِيْنَ وَ اشْرَحْ فِيْهِ صَدْرِيْ بِإِنَابَةِ الْمُخْبِتِيْنَ بِأَمَانِكَ يَا أَمَانَ الْخَائِفِيْنَ

Ya Allah.. Berilah aku rezeki berupa ketaatan orang-orang yang khusyu’. Dan lapangkanlah dadaku dengan taubatnya orang-orang yang menyesal, dengan keamanan-Mu, Wahai Keamanan Untuk Orang-Orang Yang Takut.

Doa Hari Keenam Belas


َللَّهُمَّ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِمُوَافَقَةِ الْأَبْرَارِ وَ جَنِّبْنِيْ فِيْهِ مُرَافَقَةَ الْأَشْرَارِ وَ آوِنِيْ فِيْهِ بِرَحْمَتِكَ إِلَى (فِيْ ) دَارِ الْقَرَارِ بِإِلَهِيَّتِكَ يَا إِلَهَ الْعَالَمِيْنَ

Ya Allah.. Berilah aku kemampuan untuk hidup sebagaimana kehidupan orang-orang yang baik. Dan jauhkanlah aku dari kehidupan bersama orang-orang yang jahat. Dan naungilah aku dengan Rahmat-Mu hingga sampai kepada alam akhirat. Demi Ketuhanan-Mu Wahai Tuhan Seru Sekalian Alam.

Doa Hari Ketujuh Belas


اَللَّهُمَّ اهْدِنِيْ فِيْهِ لِصَالِحِ الأَعْمَالِ وَ اقْضِ لِيْ فِيْهِ الْحَوَائِجَ وَ الآمَالَ يَا مَنْ لاَ يَحْتَاجُ إِلَى التَّفْسِيْرِ وَ السُّؤَالِ يَا عَالِمًا بِمَا فِيْ صُدُوْرِ الْعَالَمِيْنَ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ آلِهِ الطَّاهِرِيْنَ

Ya Allah.. Tunjukkanlah aku kepada amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-citaku. Wahai Yang Maha Mengetahui Keperluan, tanpa pengungkapan permohonan. Wahai Yang Maha Mengetahui segala yang ada di dalam hati seluruh isi alam. Selawat ke atas Muhammad dan Keluarganya Yang Suci.

Doa Hari Kelapan Belas


اَللَّهُمَّ نَبِّهْنِيْ فِيْهِ لِبَرَكَاتِ أَسْحَارِهِ وَ نَوِّرْ فِيْهِ قَلْبِيْ بِضِيَاءِ أَنْوَارِهِ وَ خُذْ بِكُلِّ أَعْضَائِيْ إِلَى اتِّبَاعِ آثَارِهِ بِنُوْرِكَ يَا مُنَوِّرَ قُلُوْبِ الْعَارِفِيْنَ

Ya Allah.. Sedarkanlah aku akan keberkatan yang terdapat di saat Saharnya. Dan sinarilah hatiku dengan terang cahayanya dan bimbinglah aku dan seluruh anggota tubuhku untuk dapat mengikuti ajaran-ajarannya, Demi Cahaya-Mu Wahai Penerang Hati Para Arifin.

Doa Hari Kesembilan Belas


اَللَّهُمَّ وَفِّرْ فِيْهِ حَظِّيْ مِنْ بَرَكَاتِهِ وَ سَهِّلْ سَبِيْلِيْ إِلَى خَيْرَاتِهِ وَ لاَ تَحْرِمْنِيْ قَبُوْلَ حَسَنَاتِهِ يَا هَادِيًا إِلَى الْحَقِّ الْمُبِيْنِ

Ya Allah.. Penuhilah bahagianku dengan keberkatannya, Dan mudahkanlah jalanku menuju kebaikan-kebaikannya. Janganlah Kau jauhkan aku dari penerimaan kebaikan-kebaikannya, Wahai Pemberi Petunjuk Kepada Kebenaran Yang Terang.

Doa Hari Kedua Puluh


اَللَّهُمَّ افْتَحْ لِيْ فِيْهِ أَبْوَابَ الْجِنَانِ وَ أَغْلِقْ عَنِّيْ فِيْهِ أَبْوَابَ النِّيْرَانِ وَ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِتِلاَوَةِ الْقُرْآنِ يَا مُنْزِلَ السَّكِيْنَةِ فِيْ قُلُوْبِ الْمُؤْمِنِيْنَ

Ya Allah.. Bukakanlah bagiku pintu-pintu Syurga dan tutupkanlah bagiku pintu-pintu Neraka, dan berikanlah kemampuan padaku untuk membaca Al-Quran Wahai Penurun Ketenangan di dalam hati orang-orang Mukmin.

Doa Hari Kedua Puluh Satu


اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِيْ فِيْهِ إِلَى مَرْضَاتِكَ دَلِيْلاً وَ لاَ تَجْعَلْ لِلشَّيْطَانِ فِيْهِ عَلَيَّ سَبِيْلاً وَ اجْعَلِ الْجَنَّةَ لِيْ مَنْزِلاً وَ مَقِيْلاً يَا قَاضِيَ حَوَائِجِ الطَّالِبِيْنَ

Ya Allah.. Berilah aku petunjuk menuju kepada keredhaan- Mu. Dan janganlah Engkau beri jalan kepada syaitan untuk menguasaiku. Jadikanlah Syurga bagiku sebagai tempat tinggal dan peristirahatan, Wahai Pemenuh Keperluan Orang-Orang Yang Meminta.

Doa Hari Kedua Puluh Dua


اَللَّهُمَّ افْتَحْ لِيْ فِيْهِ أَبْوَابَ فَضْلِكَ وَ أَنْزِلْ عَلَيَّ فِيْهِ بَرَكَاتِكَ وَ وَفِّقْنِيْ فِيْهِ لِمُوْجِبَاتِ مَرْضَاتِكَ وَ أَسْكِنِّيْ فِيْهِ بُحْبُوْحَاتِ جَنَّاتِكَ يَا مُجِيْبَ دَعْوَةِ الْمُضْطَرِّيْنَ

Ya Allah.. Bukakanlah bagiku pintu-pintu Kurnia-Mu, turunkan untukku keberkatan-Mu. Berilah kemampuan untukku kepada penyebab-penyebab keredhaan-Mu, Dan tempatkanlah aku di dalam Syurrga-Mu yang luas, Wahai Penjawab Doa Orang-Orang Yang Dalam Kesempitan.

Doa Hari Kedua Puluh Tiga


اَللَّهُمَّ اغْسِلْنِيْ فِيْهِ مِنَ الذُّنُوْبِ وَ طَهِّرْنِيْ فِيْهِ مِنَ الْعُيُوْبِ وَ امْتَحِنْ قَلْبِيْ فِيْهِ بِتَقْوَى الْقُلُوْبِ يَا مُقِيْلَ عَثَرَاتِ الْمُذْنِبِيْنَ

Ya Allah.. Sucikanlah aku dari dosa-dosa, Dan bersihkanlah diriku dari segala aib. Tanamkanlah ketaqwaan di dalam hatiku, Wahai Penghapus Kesalahan Orang-Orang Yang Berdosa.

Doa Hari Kedua Puluh Empat


اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فِيْهِ مَا يُرْضِيْكَ وَ أَعُوْذُ بِكَ مِمَّا يُؤْذِيْكَ وَ أَسْأَلُكَ التَّوْفِيْقَ فِيْهِ لأَنْ أُطِيْعَكَ وَ لاَ أَعْصِيَكَ يَا جَوَّادَ السَّائِلِيْنَ

Ya Allah.. Aku memohon kepada-Mu hal-hal yang mendatangkan Keredhaan-Mu, Dan aku berlindung dengan-Mu Dan hal-hal yang mendatangkan kemarahan-Mu, dan aku memohonkepada-Mu kemampuan untuk mentaati-Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap-Mu, Wahai Pemberi Para Peminta.

Doa Hari Kedua Puluh Lima


اَللَّهُمَّ اجْعَلْنِيْ فِيْهِ مُحِبًّا لِأَوْلِيَائِكَ وَ مُعَادِيًا لأَعْدَائِكَ مُسْتَنّا بِسُنَّةِ خَاتَمِ أَنْبِيَائِكَ يَا عَاصِمَ قُلُوْبِ النَّبِيِّيْنَ

Ya Allah.. Jadikanlah aku orang-.orang yang menyintai Auliya-Mu dan memusuhi musuh-musuh-Mu. Jadikanlah aku pengikut sunnah-sunnah penutup Nabi-Mu, Wahai Penjaga Hati Para Nabi.

Doa Hari Kedua Puluh Enam


اَللَّهُمَّ اجْعَلْ سَعْيِيْ فِيْهِ مَشْكُوْرًا وَ ذَنْبِيْ فِيْهِ مَغْفُوْرًا وَ عَمَلِيْ فِيْهِ مَقْبُوْلاً وَ عَيْبِيْ فِيْهِ مَسْتُوْرًا يَا أَسْمَعَ السَّامِعِيْنَ

Ya Allah.. Jadikanlah usahaku sebagai usaha yang disyukuri, Dan dosa-dosa ku di ampuni, amal perbuatanku diterima, Dan seluruh aibku ditutupi, Wahai Maha Pendengar Dan Semua Yang Mendengar.

Doa Hari Kedua Puluh Tujuh


اَللَّهُمَّ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ فَضْلَ لَيْلَةِ الْقَدْرِ وَ صَيِّرْ أُمُوْرِيْ فِيْهِ مِنَ الْعُسْرِ إِلَى الْيُسْرِ وَ اقْبَلْ مَعَاذِيْرِيْ وَ حُطَّ عَنِّيَ الذَّنْبَ وَ الْوِزْرَ يَا رَؤُوْفًا بِعِبَادِهِ الصَّالِحِيْنَ

Ya Allah.. Rezekikanlah kepadaku keutamaan Lailatul Qadr, Dan ubahlah perkara-perkaraku yang sulit menjadi mudah. Terimalah permintaan maafku, dan hapuskanlah dosa dan kesalahanku, Wahai Yang Maha Penyayang Terhadap Hamba-Hamba-Nya Yang Soleh.

Doa Hari Kedua Puluh lapan


اَللَّهُمَّ وَفِّرْ حَظِّيْ فِيْهِ مِنَ النَّوَافِلِ وَ أَكْرِمْنِيْ فِيْهِ بِإِحْضَارِ الْمَسَائِلِ وَ قَرِّبْ فِيْهِ وَسِيْلَتِيْ إِلَيْكَ مِنْ بَيْنِ الْوَسَائِلِ يَا مَنْ لاَ يَشْغَلُهُ إِلْحَاحُ الْمُلِحِّيْنَ

Ya Allah.. Penuhkanlah hidupku dengan amalan-amalan Sunnah, Dan muliakanlah aku dengan terkabulnya semuap permintaan. Dekatkanlah perantaraanku kepada-Mu diantara semua perantara, Wahai Yang Tidak Tersibukkan Oleh Permintaan Orang-Orang Yang Meminta.

Doa Hari Kedua Puluh Sembilan


اَللَّهُمَّ غَشِّنِيْ فِيْهِ بِالرَّحْمَةِ وَ ارْزُقْنِيْ فِيْهِ التَّوْفِيْقَ وَ الْعِصْمَةَ وَ طَهِّرْ قَلْبِيْ مِنْ غَيَاهِبِ التُّهَمَةِ يَا رَحِيْمًا بِعِبَادِهِ الْمُؤْمِنِيْنَ

Ya Allah.. Liputilah aku dengan Rahmat dan berikanlah kepadaku Taufiq dan Penjagaan. Sucikanlah hatiku dan dosa-dosa fitnah Wahai Pengasih Terhadap Hamba- HambaNya Yang Mukmin.

Doa Hari Ketiga Puluh


اَللَّهُمَّ اجْعَلْ صِيَامِيْ فِيْهِ بِالشُّكْرِ وَ الْقَبُوْلِ عَلَى مَا تَرْضَاهُ وَ يَرْضَاهُ الرَّسُوْلُ مُحْكَمَةً فُرُوْعُهُ بِالأُصُوْلِ بِحَقِّ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ آلِهِ الطَّاهِرِيْنَ وَ الْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ‏

Ya Allah.. Jadikanlah puasaku disertai dengan syukur dan penerima di atas jalan keredhaan-Mu dan Keredhaan Rasul. Cabang-cabangnya kukuh dan kuat berkat pokok-pokoknya,demi Kenabian Muhammad dan keluarganya yang suci, Dan Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekalian Alam.

Optical Illusion

kali nie aku nak share lak pasal optical illusion. klu mate korang tertipu, mean korang nie masih lagi normal kot. hahahahahah =) pape pn layan je la k.. ;p

bergerak x gambar kat tengah tu?


berape kaki tiang nie?


mane jalan lubang golf ni?


berape titik hitam dalam gambar ni?



berape kaki gajah ni?



bergerak x gambar ni?


bergerak x gambar ni?



jaga2 sebelum kene psyko ngan aku. :)



lingkaran ke bulatan?


bergerak x gambar nie?

GG :- sje hilangkan boring petang2 nie. :)

Kisah Aku Dan Dia


assalamualaikum dan salam sejahtera. firstly aku nak ucapkan thanks kepada sesiapa yang sudi berkunjung kat blog aku yang x seberapa ni. aku adalah seorang bloger baru yang cuba mencari sesuatu didalam hidup. aku mencari erti, jalan dan panduan serta pedoman hidup agar aku tidak sesat suatu hari nanti. thanks banyak2 aku ucapkan kepada sesiapa yang sudi meluangkan masa berkongsi pendapat dengan aku. tapi sebenarnya,aku nak membicarakan tentang cinta. apa makna cinta? persoalan yang sering kita lontarkan jika kita kecewa. tetapi bila di saat bahagia kita tidak pernah terfikir untuk membuat persiapan di hari kecewa? cinta adalah perkara yang subjektif untuk dibincangkan,tiada makna tepat dan tiada erti sedalamnya untuk cinta.

cinta boleh terjadi dalam banyak perkara, contohnya cinta pada haiwan,tumbuh-tumbuhan,alam semesta, keindahan alam,cinta pada tuhan,pada makhluknya termasuk cinta sesama manusia. jadi,apa sebenarnya yang dimaksudkan dengan cinta?adakah cinta itu satu permainan perasaan? atau cinta itu adalah gabungan antara keikhlasan,kejujuran dan kefahaman? atau cinta hanya istilah untuk memuaskan nafsu serakah? mari kita lihat; 

cinta pada bunga, bunga akan layu, tidak mekar selamanya, tidak senantiasa harum saat mekarnya.

cinta pada harta, harta akan habis, harta tidak kekal, harta hanya dunia.

cinta pada manusia, manusia akan mati, lawa hanya sementara, baik hanya dunia.

cinta pada negara, negara akan musnah, musnah dengan pembangunan, ego dan tamak.

jadi, siapa yang selayaknya kita cintai??siapa yang selayaknya kita berkorban??siapa selayaknya kita sayang??siapa selayaknya kita sanjung?? siapa selayaknya kita junjung?? siapa selayaknya kita tunduk??

siapa pula yang menyayangi kita?? 

seringkali manusia lupa dan alpa dengan dunia, serta sering terpedaya dengan tipu helah syaitan yang direjam. mana perginya iman seorang muslim yang kuat yang seharusnya ada dalam diri kita?? MANA PERGINYA BENTENG KEIKHLASAN DALAM SETIAP DIRI SEORANG MUSLIM??dan mana perginya luhur kejujuran dalam diri yang bergelar islam??manusia tegar melakukan kesilapan meskipun dugaan yang diterima amat kecil,meskipun dugaan yang diterima hanya remeh... contoh;

bila patah hati, bila kecewa, bila diturunkan dugaan. mana perginya kesabaran?mana perginya keikhlasan?

bila cinta ditolak, bila dihina, bila dicaci. mana perginya rendah diri? mana perginya sabar dalam hati?

seharusnya kita selami semula sedalam-dalamnya perasaan kita, dalam benak sanubari kita, dan dalam jiwa setiap kita. cuba kita cari, fahami dan perbetulkan keadaan, ruang dan masa. apa yang kita perlukan adalah sinar kebahagiaan, sinar harapan dan sinar keberkatan dari - Nya. cuba kita kembali kepada - Nya. hanya Dia yang layak disembah dan layak kita cinta serta layak kita sayang.


Allah yang mencipta langit dan bumi, tiada yang maha esa lagi maha kuasa selain - Nya. selayaknya kita mencintai Die,kerna Die x pernah mengecewakan perasaan orang yang mencintai - Nya. malah Die akan menurunkan keberkatan dan kesenangan untuk hamba - Nya. cari lah keredhaan - Nya, bukan mencari pahala - Nya. berilah sebanyak mungkin, bukan menerima sebanyak mungkin.

GG :- saje-saje je nak kongsi apa yang terpendam. =)