Wednesday, August 3, 2011

Luahan Cinta Dari Sang Perindu

assalamualaikum dan salam ramadhan kepada semua pembaca blog yg setia. aku ucapkan ribuan terima kasih  kepada semua kerana sudi membaca blog aku yg x seberape nie. hari nie aku nak luahkan perasaan aku yg tengah celaru nie. :) khas untuk sayang aku yg aku amat rindui.. :) 



kala malam ku sunyi,
kau hadir menemani..
kala aku sendiri,
rona rindu mu hadir bak bidadari..
sayang,
pertama kali ku melihat dirimu,
kau bagai awan biru,
yang sepi dan kaku,
ku hanya termangu,
dibelenggu dengan nada-nada syahdu...
ku cuba mencari erti,
makna yang kau beri,
agar tidak lagi aku,
buntu pabila bersama mu..

kini aku x pasti,
adakah kita kan bersama,
kerna ku x mahu lagi,
terseksa kerna cinta..
aku hanyalah lembayung angin,
yang  sering dingin,
dengan nikmat keinginan..
aku ingin kan sayangmu,
aku inginkan rindumu,
bukan ku cari harta,
bukan ku pandang rupa,
tidak ku hirau taraf keluarga,
yang ku mahukan hanyalah cinta,
ikhlas dari dirimu..

saat ku mencari perindu,
tuk tenggelamkan  rasa itu,
aku bertemu diri mu,
aku terpinga,
tertanya,
adakah ini digelar cinta?
atau aku  yang berpura dengan jiwa?
lalu ku mencari hati mu,
untuk ku ukirkan kata rindu,
untuk ku luahkan rasa hati ku...
lalu kau beri hatimu,
aku terima dengan rasa sayu,
kan ku jaga,
kan ku gapai segalanya,
agar kau bahagia...

ombak laut masih lagi meniup,
awan sedih masih lagi sayup,
pelangi rindu kini tertutup,
dengan bayu yang lembut...
di mana dirimu,
kan ku cari,
walau terpaksa ku daki,
lurah gunung dugaan..
kan ku semai hatimu,
dengan benih cinta baru,
agar kau bahagia selalu,
kerna ku x mahu,
sedih menyelubungi dirimu...

kisah janji,
x mungkin ku mungkiri,
kerna ku x mahu dikau terguris,
dengan kata-kata manis..
walau berliku,
jalan yang membuntu,
tetap ku gagah bersama mu,
kerna ku tahu,
dalam hatimu,
ada ruang untuk ku..
walau tuhan memisahkan kita,
ingatlah wahai sang pencinta,
cinta dan jiwa ku,
hanya padamu...

<3 aku akan sentiasa menyayangi dirimu walau senang,walau susah.. <3

GG :- aku harap die mengerti.. :)

No comments:

Post a Comment